33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

6 kereta nyaris rentung dibakar individu kurang siuman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM buah kereta yang diparkir di Jalan Batu Nilam 3, Bandar Bukit Tinggi, Klang hampir hangus dipercayai dibakar individu kurang siuman tengah hari tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lelaki berusia 37 tahun melecur di tangan ketika cuba memadamkan kebakaran.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 1.11 tengah hari.

“Setiba di lokasi, pemeriksaan mendapati terdapat enam kereta yang terlibat dalam kebakaran tersebut iaitu Nissan Sentra, Perodua Bezza, Axia dan Myvi serta Mazda dan Proton Saga terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, siasatan awal mendapati seorang individu kurang siuman dipercayai membakar tiga kereta di kawasan itu.

“Dia kemudian dikatakan turut membakar kereta lain yang semuanya hangus antara 15 hingga 40 peratus.

“Bomba bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran dan tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan. Kes kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan