27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Wanita daki bukit alami sesak nafas, diselamatkan bomba

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Wawasan Puchong, tengahari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 12.06 tengah hari.

“Mangsa berumur 51 tahun dilaporkan mengalami sesak nafas ketika menjalankan aktiviti pendakian,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya, mangsa kemudian dibawa turun dengan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Anggota bomba mengambil masa 30 minit untuk mengambil mangsa yang berada di atas bukit.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil sebelum diserahkan kepada petugas KKM,” katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan