31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Fakhruddin ganti Najib di Pekan, Nizar Naib Ketua

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JAWATAN Ketua UMNO Bahagian Pekan yang selama ini dipegang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berakhir apabila Exco Kerajaan Pahang, Datuk Fakhruddin Mohd. Arif memenangi pemilihan bagi sesi 2023-2026 semalam.

Najib yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini memegang kerusi berkenaan sejak 41 tahun lalu, pada 1982.

Kini, Fakhruddin bakal menggalas tugas besar untuk meneruskan legasi UMNO Bahagian Pekan selepas memperoleh 449 undi, menewaskan pemangku jawatan itu, Datuk Seri Zamri Ramly yang mendapat 335 undi.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan pula dimenangi Datuk Ahmad Rahimi Samad yang mengenepikan saingan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd. Sharim Md. Zain.

Advertisements

Bagi jawatan Naib Ketua UMNO bahagian pula menyaksikan anak Najib, Datuk Mohd. Nizar yang juga Exco Kerajaan Pahang dipilih sebagai pemenang selepas menewaskan pencabar, Asmayudim Uyub.

Dalam pada itu, Fakhruddin berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan memohon jasa baik untuk bersama-sama mengembalikan kekuatan UMNO.

“Saya menyeru semua pihak khususnya mereka yang bertanding dan semua ahli UMNO agar bersama-sama membina kembali kekuatan parti kita. Pemilihan ini adalah untuk kita mencari yang terbaik di antara terbaik.

“Sudah tentu yang terpilih ini adalah dikalangan mereka yang terbaik. Matlamat kita semua adalah untuk memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-16 dan mengembalikan semula UMNO di persada negara dan disukai rakyat. Itulah perkara penting yang perlu kita lakukan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan