26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Ahmad Said dipilih ahli MKT, pertahan Ketua Bahagian

Mesti Baca

PENGERUSI UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026 dalam pemilihan parti itu yang berlangsung serentak semalam.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan hari ini, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal memperoleh 96 undi bahagian, sekali gus berada di tangga ke-22 daripada 25 ahli MKT yang dipilih.

Beliau sebelum ini turut mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman yang disandang sejak 23 tahun lalu.

Dalam pemilihan bahagian semalam, Ahmad, 66, memperoleh 401 undi menewaskan pesaingnya, Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin yang mendapat sebanyak 286 undi.

Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kemaman, Razali Jusoh berkata, seramai 34 orang bertanding bagi merebut jawatan dalam Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kemaman.

“Jumlah kehadiran perwakilan pada pemilihan tahun ini seramai 690 orang daripada 818 yang layak mengambil bahagian,” katanya.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman disandang Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid selepas menewaskan Tuan Kechil Tuan Tengah dengan majoriti 132 undi.

Baca juga:   Shah Rukh Khan tunai umrah

Wan Ahmad Nizam meraih 407 undi sementara Tuan Kechil mendapat 275 undi.

Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman pula menyaksikan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Mohd Hisham Zubir menewaskan Datuk Mustafa Ab Rahman dengan majoriti 237 undi bagi merebut jawatan tersebut.

Baca juga:   13 penanda aras gempa dipasang di Bentong

Sementara itu, wartawan Edisi 9, Lukman Ismail turut terpilih sebagai salah seorang daripada 20 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Kemaman.

Beliau yang juga AJK UMNO Cawangan Kerteh memperoleh 364 undi dalam percubaan pertamanya menyertai barisan kepimpinan parti di peringkat bahagian. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan