32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

RDC perkukuh aktiviti STIE luar bandar

MOSTI telah bangunkan 10 buah RDC, dua lagi bakal dibuka di Melaka dan Kuala Lumpur

Mesti Baca

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berusaha memantapkan aktiviti Sains, Teknologi, Inovasi dan Eknomi (STIE) dalam kalangan komuniti luar bandar menerusi pelaksanaan program Ruang Daya Cipta (RDC).

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, program yang dibangunkan menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu menggabungkan elemen automasi dan pembengkelan seperti bengkel mesin, bengkel kraftangan (seni dan kraftangan), peralatan mini studio dan sudut inovasi pemikiran daya cipta.

Ujar beliau, kesemua itu boleh digunakan secara percuma oleh orang awam, pelajar, ahli akademik, syarikat pemula, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan sekitarnya.

Katanya, tujuan utama program itu adalah menyediakan ruang dan kemudahan latihan kepada komuniti di sekitar untuk menjalankan aktiviti inovasi dan daya cipta selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Pembangunan RDC ini adalah program jangkauan luar Mosti dalam usaha memenuhi keperluan golongan B40, golongan terpinggir yang kurang mendapat akses teknologi dan golongan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Baca juga:   Hadiah RM500,000 menanti belia, remaja

“Program ini memberi kemudahan kepada golongan berkenaan untuk bersedia menghadapi era pendigitalan dan pada masa yang sama mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

RDC turut melibatkan rakan strategik dan kerjasama YIM dalam menyediakan pelbagai latihan dan pembangunan kapasiti kepada komuniti di sekitarnya.

Menerusi program ini, komuniti boleh berkumpul dalam suasana pembelajaran yang tidak formal dan seterusnya membangunkan inovasi produk mereka bagi mengatasi isu dan cabaran di komuniti.

Baca juga:   Ekonomi negara semakin goyah, pelabur mula lari

Untuk rekod, Mosti telah membangunkan 10 buah RDC yang dulu dikenali sebagai Ruang Reka Cipta.

Antara lokasinya di Sabak Bernam, Selangor; Sandakan (Sabah), Langkawi (Kedah), Tumpat (Kelantan), Kuala Terengganu (Terengganu), Bera (Pahang), PKD Layang-layang dan Kota Tinggi (Johor) serta terkini di Manong, Perak serta Miri, Sarawak.

Dua lagi RDC dijangka akan dibangunkan di Melaka dan Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Sharmila Mohamed Salleh berkata, yayasan itu menggunakan pendekatan quintuple helix yang mana kerajaan, industri, ahli akademik, pemegang taruh dan persekitaran bekerja bersama dalam memastikan aktiviti inovasi, teknologi dan kreativiti dapat dikembangkan.

“RDC dapat meningkatkan minda berinovasi. Mereka boleh menggunakan kemudahan di sini sebagai tempat untuk merekacipta dan bertukar pandangan bagi menanagani isu dan cabaran di komuniti masing-masing,” ulas beliau. – Edisi 9

Baca juga:   Pusat Sains perkenal 'Tiket Rahmah'

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan