26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Isham Jalil boleh senyum lebar, barisi jawatan MKT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENJADI harapan setiap calon bertanding untuk membarisi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi pemilihan parti kali ini.

Begitu juga harapan yang dihasratkan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil yang kini boleh tersenyum lebar apabila berada di kedudukan ke-18 daripada 95 orang calon yang bertanding.

Katanya, beliau masih lagi menunggu keputusan rasmi akhir untuk pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

“Terdapat lebih kurang 10 lagi keputusan bahagian yang belum dimasukkan ke dalam sistem.

“Setakat ini saya dimaklumkan saya telah mendapat undi kemenangan daripada 100 iaitu melebihi majoriti bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara dan berada di tempat ke-18 daripada 95 orang calon yang bertanding.

“InshaAllah jika tiada perubahan kedudukan ini di saat akhir, saya dijangka akan menang kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   Isham bakal ganti Tajuddin dalam MKT UMNO?

Isham turut melahirkan kesyukuran dan terharu drngan sokongan yang diterima daripada seluruh perwakilan.

“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas sokongan ahli-ahli dan akar umbi UMNO yang telah mengundi saya untuk kerusi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat saya di negeri-negeri, bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan yang telah berkempen untuk kemenangan saya dengan berbekalkan semangat juang dan setiakawan.

“Saya amat hargai budi dan jasa tuan-tuan dan puan-puan ini dan tidak akan melupakannya sehingga ke akhir hayat.

Baca juga:   Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu kecoh

“Saya akan terus berjuang bersama tuan-tuan dan puan-puan dan parti kita UMNO ini supaya rakyat di negara ini mencapai kehidupan yang lebih baik.

“Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita semua,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan