26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024

Isham Jalil mungkin digugurkan daripada UMNO?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membayangkan beliau mungkin antara nama yang akan digugurkan oleh parti minggu ini.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mahu memecatnya.

“Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti.

“Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai. Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya.

“Sungguhpun begitu, perjuangan saya ikhlas kerana agama, bangsa dan tanahair, dan bukan kerana kepentingan peribadi.

“Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah SWT menentukan kifarahnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam melalui rakaman video yang disiarkan melalui laman Facebooknya mendesak Isham meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Isham turut menepis dakwaan kononnya menyuruh ahli UMNO tidak mengundi Pakatan Harapan (PH).

“Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah,” katanya.

Sejujurnya, kata Isham, beliau hanya memberi fokus kepada kawasan UMNO.

Advertisements

“Boleh lihat dalam live saya beberapa bulan lalu di Facebook. Yang tulis headline (tajuk) kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina, dan itu tidak betul, mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan, dan pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada Majlis Tertinggi melalui Whatsapp Group beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul.

“Boleh tanya Ahli Majlis Tertinggi yang lain untuk kepastian. Mungkin dia tidak baca juga, atau cuba fitnah saya lagi tanpa usul periksa. Pendirian saya ialah saya fokus kepada UMNO. Itu sahaja,” katanya.

Isham juga sekali lagi menjelaskan hanya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar UMNO bergabung dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan namun tidak pernah bersetuju dengan keputusan UMNO untuk bergabung dalam pilihan raya bersama PH.

“Berada dalam kerajaan dan pergi pilihan raya bersama adalah dua perkara yang berbeza. Seri Paduka tidak pernah titah kita pergi pilihan raya bersama PH,” jelasnya.

Beliau juga yakin akar umbi sentiasa berada di belakangnya dan pada masa yang sama, mengingatkan semua pihak dalam UMNO bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih di dalam penjara.

“Saya minta supaya kerajaan dan kepimpinan UMNO beri keadilan kepada Bossku dan jangan lupakan dia,” katanya.

Jelas Isham lagi, beliau amat bersyukur kerana tidak lagi memegang jawatan Ketua Penerangan yang kini secara terang-terangan perlu mempromosikan DAP.

“Saya tidak rindu jawatan ini terutama apabila sebagai Ketua Penerangan ia perlu mempromosi DAP, saya syukur tidak perlu menggalas tugas untuk menyuruh akar umbi kita sokong DAP kerana itu bertentangan dengan pendirian saya.

“Saya tidak gila jawatan, saya pernah tolak jawatan ahli lembaga pengarah GLC sebanyak dua kali.

“Dan pemimpin pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JAS sahkan Sungai Tebrau dicemari bau busuk, berminyak

JABATAN Alam Sekitar (JAS) mengesahkan beberapa kawasan Sungai Tebrau, Johor dicemari dengan bau busuk dan permukaan sungai mempunyai lapisan...

Lagi Artikel Berkaitan