26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PM terima kunjungan bintang terkemuka India, Rajinikanth

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan salah seorang bintang filem terkemuka India Rajinikanth di Putrajaya, hari ini.

“Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni asia dan antarabangsa.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Advertisements

Katanya, pada pertemuan itu beliau membincangkan elemen kemasyarakat untuk dimasukkan dalam filem aktor itu.

Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Rajinikanth di Putrajaya.

“Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak. 

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan