BIARPUN gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden pada Pemilihan UMNO kelmarin, Datuk Seri Mahdzir Khalid berikrar akan terus menabur khidmat bakti kepada UMNO.
Mahdzir berkata, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan perwakilan UMNO bahagian seluruh negara yang memilih dua muka baharu...
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan lalu sebaik sahaja memenangi jawatan tersebut pada pemilihan UMNO 2023 semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, seluruh pemimpin dan...
AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bertekad untuk memberikan yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan bahtera UMNO.
Beliau mendapat undian keempat tertinggi dalam pemilihan UMNO Sabtu lalu berkata, tekad itu bukan sahaja...
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu memberi keutamaan kepada mengembalikan semula perpaduan dalam parti.
Beliau yang berjaya mempertahankan jawatan disandangnyan itu pada pemilihan kali ini berkata, masa berpolitik telah berakhir.
"Telah tiba masa untuk semua bertaut kembali sebagai keluarga...
PEMILIHAN UMNO 2023 yang melabuhkan tirainya penuh dengan kejutan apabila beberapa nama besar dalam parti kecundang dalam undian yang diadakan semalam.
Perebutan jawatan Naib Presiden UMNO menyaksikan kemenangan tidak diduga Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari...
JAWATAN Ketua UMNO Bahagian Pekan yang selama ini dipegang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berakhir apabila Exco Kerajaan Pahang, Datuk Fakhruddin Mohd. Arif memenangi pemilihan bagi sesi 2023-2026 semalam.
Najib yang sedang menjalani hukuman penjara ketika...
MENJADI harapan setiap calon bertanding untuk membarisi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi pemilihan parti kali ini.
Begitu juga harapan yang dihasratkan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil yang kini boleh tersenyum lebar apabila berada di kedudukan ke-18 daripada...
MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjadi muka baharu yang dipilih bagi mengisi kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.
Keputusan sehingga pukul 9 pagi tadi menyaksikan,...
KETUA Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Jasin baharu selepas menang pemilihan bagi sesi 2023-2026.
Kemenangan di Jasin menyaksikan Dr. Muhamad Akmal meraih 340 undi sekali gus muncul Ketua Bahagian termuda dalam pemilihan penggal kali...
PEMILIHAN UMNO Bahagian Lahad Datu, Sabah dikatakan kecoh ekoran berlaku insiden pergaduhan semasa persidangan UMNO bahagian itu sedang berlangsung.
Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, insiden itu didakwa berlaku akibat provokasi segelintir penyokong calon yang bertanding dalam pemilihan tersebut.
Berdasarkan...
KERAJAAN didakwa sengaja melewat-lewatkan pembentangan Akta Pendanaan Politik dengan memberi alasan memerlukan masa untuk libat urus dengan semua parti...