26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu kecoh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMILIHAN UMNO Bahagian Lahad Datu, Sabah dikatakan kecoh ekoran berlaku insiden pergaduhan semasa persidangan UMNO bahagian itu sedang berlangsung.

Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, insiden itu didakwa berlaku akibat provokasi segelintir penyokong calon yang bertanding dalam pemilihan tersebut.

Berdasarkan video tular, ketika Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Mejar (B) Khalid Harun berucap, terdapat penyokong yang tidak berpuas hati menceroboh menaiki pentas.

Tindakan itu seterusnya menyebabkan lebih ramai lagi penyokong menaiki pentas sehingga mencetuskan pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Tambahnya, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam waktu terdekat berhubung kejadian itu.

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan