25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Cubaan seludup beras berjaya dipatahkan Maritim Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN sebuah bot yang membawa beras tanpa kebenaran yang sah bagi menyeludup ke negara jiran berjaya dipatahkan Zon Maritim Lahad Datu dalam Op Pluto yang dijalankan awal pagi tadi.

Penahanan bot terbabit dilakukan pada kedudukan 0.4 batu nautika Barat Daya Telukan Sibet.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, bertindak berdasarkan maklumat perisikan yang diterima, bot ronda Zon Maritim Lahad Datu yang ketika itu sedang menjalankan rondaan OP Pluto Timur segera diatur gerak ke lokasi berkenaan pada pukul 1.35 pagi tadi.

“Ketika tiba di kawasan berkenaan, dua buah bot pam berjaya dikesan sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Advertisements

“Semasa merapati bot terbabit, suspek yang merupakan pengendali bot berkenaan dipercayai bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan berhampiran,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, anggota Zon Maritim Lahad Datu telah menemui beras pelbagai jenama seberat lebih kurang 1,520 kilogram disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Bot serta barang rampasan dianggarkan lebih kurang RM24,000 dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan selanjutnya.

“Kes akan disiasat dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 kerana disyaki membawa beras tanpa kebenaran yang sah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan