26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pembangunan aset, perumahan bakal memberi faedah warga ATM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBANGUNAN aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pembangunan perumahan untuk warga ATM bakal memberi faedah bukan sahaja kepada warga tentera tetapi turut meliputi ahli keluarga dan masyarakat sekitar kem.

Ia juga, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selari dengan matlamat Kerajaan untuk menjaga kebajikan bertunjangkan Konsep Malaysia Madani.

“Hari ini saya diapit Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan sewaktu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Unit Army Red Warrior (ARW) Dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta Pembangunan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).

“Saya dimaklumkan, perjanjian ini melibatkan perpindahan dan pembangunan semula aset ATM iaitu Pusat Latihan bagi Kor Polis Tentera Diraja iaitu PULAPOT, Markas Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW) dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta kemudahan – kemudahan yang berkaitan.

“Kompleks baharu, ditambah kebhinekaan kemudahan-kemudahan yang ada, pastinya membantu warga kerja pertahanan yang terdiri daripada anggota ATM, warga veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan untuk memiliki rumah yang selesa di Kuala Lumpur di bawah harga pasaran.

Advertisements

“Saya berharap ini bakal menjadi pemangkin agar ketumbukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap yang terbaik,”katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Unit Army Red Warrior (ARW) Dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta Pembangunan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan menyebut perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kem Wardieburn menawarkan 974 unit rumah berkeluasan 1,400 kaki persegi dan 1,500 kaki persegi serta menyediakan kemudahan seperti gimnasium, kolam renang dan dua lot parkir bagi setiap rumah.

SASaR Genting Klang pula menawarkan 6,400 unit rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi serta mempunyai kemudahan asas yang setara dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) seperti pembangunan perumahan mampu milik lain.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan