36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pemimpin, ahli perlu kerjasama kukuhkan semula parti

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan lalu sebaik sahaja memenangi jawatan tersebut pada pemilihan UMNO 2023 semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, seluruh pemimpin dan ahlinya perlu bekerjasama untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Mulai hari ini, sama-sama kita kukuhkan hubungan kita semula dari sebarang kekhilafan dan bersatu sebagai sebuah keluarga besar UMNO serta saling bekerjasama bagi mendapatkan keyakinan rakyat kepada parti kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Johari turut berterima kasih kepada semua perwakilan bahagian seluruh negara di atas sokongan dan kepercayaan bagi mengisi antara tiga kerusi Naib Presiden UMNO.    

“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jentera kempen saya yang telah membantu dalam kemenangan ini.

“Sesungguhnya jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan amanah yang tinggi bagi membantu dan memimpin parti bersama-sama Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi,” ujarnya.

Dalam saingan jawatan Naib Presiden melalui pemilihan UMNO 2023 semalam, Johari mengenepikan saingan lima lagi pencabar  meraih kedudukan ketiga tertinggi dengan 107 undi memberi saingan sengit terhadap Wan Rosdy yang memperoleh 124 undian di tempat pertama manakala Khaled Nordin di tangga kedua mencatatkan 114 undi.

Untuk rekod, saingan untuk jawatan Naib Presiden UMNO 2023 merupakan percubaan kedua Johari Ghani setelah tidak berjaya pada pemilihan UMNO 2018.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan