31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sentimen Melayu, Islam terancam mainan pembangkang

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN blok pembangkang memainkan sentimen kononnya kedudukan Melayu dan Islam di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan terancam mendapat perhatian serius dari Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Ketua Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff mempersoalkam kewajaran naratif yang didakwa oleh pembangkang.

“Saya memandang serius naratif Melayu-Islam terancam. Saya sendiri kabur dengan dakwaan ini atau pihak oposisi sengaja mahu menunjukkan bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ketika ini dalam kedudukan lemah?

“Saya masih ingat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dahulu, dilemahkan dengan isu Adib, gereja, Jawi, ICERD, kitab Injil dan lainnya.

“Kini isu yang sama muncul lagi dengan kembali isu gereja, kerajaan zalim, Kristianisasi, LGBT, Mentega Terbang (filem) dan parti oposisi dimandulkan. Saya sedih. Gerak kerja Malaysia Madani terganggu kerana isu-isu ini,” katanya menerusi satu hantaran Facebook miliknya pada Ahad.

Selain itu, beliau juga menafikan dakwaan membodek Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menerima jawatan Ketua Pengarah J-Kom.

“Saya membodek PM? Untuk apa saya bodek PM. Saya tidak bodek sesiapa tetapi mempertahankan PM kerana saya faham hasrat PM untuk membawa reformasi dalam negara yang bertuah ini.

“Ini yang saya mahukan tetapi bagaimana PM boleh tumpukan kepada tugasnya jika setiap hari kita bermin dengan sentimen dan emosi perkauman,” jelasnya.

Jelas Agus lagi, hasrat beliau adalah untuk membantu PM membangunkan negara sebaik sahaja menerima tawaran sebagai Ketua Pengarah J-Kom namun berasa sedih isu perkauman dan agama yang dicetuskan pembangkang. 

“Apabila menerima tawaran sebagai Ketua Pengarah J-Kom, iaitu untuk membantu PM membangunkan negara ini. 

“Saya gembira apabila PM mengumumkan wawasannya Malaysia Madani. Malaysia Madani ini adalah untuk mengangkat kemampanan, kesejahteraan, masyarakat yang inovatif, saling menghormati, keyakinan dan keihsanan.

“Saya yakin wawasan Anwar akan mampu membina peradaban bangsa kita yang hebat. Namun, satu setengah bulan di sini, saya sedih dengan isu yang dimainkan pihak oposisi,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan