26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

Tunai janji biayai pendidikan anak mangsa Tragedi Lahad Datu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) harus menyempurnakan harapan dan janji yang dilakukan oleh kepimpinan atau pengurusan waktu itu untuk membiayai pendidikan anak Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat yang terkorban dalam tragedi Kampung Tanduo, Lahad Datu, 10 tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta Ketua Pengarah MARA agar dapat segera menyemak dan ambil tindakan segera terhadap keluhan balu tragedi Lahad Datu yang mendakwa agensi seperti MARA pernah menjanjikan untuk membiayai pendidikan tiga anaknya 10 tahun dulu.

“Walaupun peristiwa ini sudah berlalu 10 tahun tahun lalu, namun MARA harus menyempurnakannya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, balu Allahyarham, Nooraziah Noor, 38, kini menagih sokongan pendidikan yang dijanjikan untuk tiga anaknya.

Advertisements

Beliau mendakwa sebelum ini, ada pihak termasuk agensi kerajaan seperti MARA menjanjikan bantuan pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi kepada anaknya.

Namun, menurutnya, ia tidak ditunaikan walaupun tragedi itu sudah hampir sedekad berlalu.

Zulkifli dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud menjadi korban pertama tragedi di Lahad Datu pada 2013, selepas pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo.

Zulkifli meninggalkan Nooraziah dan tiga anaknya yang masih kecil iaitu Noorakmal Amiruddin, ketika itu berusia lima tahun, Noor Muhammad Aqil, setahun dan Noor Aqib Syahid, masih dalam kandungan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan