25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

BERSIH bidas lantikan politik Pengerusi GLC

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas dua perlantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dua perlantikan yang dirujuk oleh BERSIH membabitkan mantan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 1 Mac lalu serta Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) berkuatkuasa 10 Mac.

Selain itu, pertubuhan sivil terbabit turut mempersoalkan perlantikan bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

“Pelantikan-pelantikan ini diumumkan ketika UMNO sedang menjalani pemilihan parti mereka dan sebelum pilihan raya negeri akan datang, justeru pelantikan ini boleh dilihat sebagai penaungan dan ganjaran untuk mendapatkan sokongan.

“BERSIH mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tentang usaha awalnya untuk menyelaraskan proses pelantikan GLC dan memerangi kronisme,” katanya menerusi satu kenyataan pada hari ini.

Di samping itu, BERSIH turut menjelaskan seramai 25 ahli politik telah dilantik sebagai pengarah dalam GLC/Badan Berkanun semasa pentadbiran Pakatan Harapan sepanjang tahun 2018 hingga 2020 selain bilangan ini terus meningkat ke 53 ahli politik telah dilantik ketika di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.

Dalam pada itu, BERSIH juga menuntut reformasi segara dilakukan oleh kerajaan mengenai proses lantikan politik dalam GLC dengan segera dengan mengemukakan beberapa cadangan.

Advertisements

“Sementara kami tidak sepenuhnya melarang ahli politik untuk memegang sebarang jawatan dalam GLC atau badan berkanun, proses pelantikannya perlu direformasi.

“Ianya bertujuan supaya mana-mana pelantikan yang dibuat dengan telus selepas calon-calon menjalani penelitian agar mereka mempunyai kelayakan dan kemampuan yang tepat, dan bukannya sekadar ‘ganjaran politik’ untuk mendapatkan sokongan,” katanya lagi.

Berikut cadangan yang dikemukakan oleh BERSIH bagi mereformasi pelantikan jawatan tertinggi GLC, GLIC dan badan berkanun:

A) Larangan melantikan wakil rakyat ke dalam GLC, GLIC atau badan berkanun. Hal ini telah dilaksanakan di India dan Korea Selatan, dan perundangan yang serupa boleh dikaji dan diteladani.

B) Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk memantau dan menapis pencalonan. Penubuhan JPKP ini dapat menambah ketelusan dan memastikan bahawa hanya calon yang layak dapat dilantik melalui satu proses berbanding pelantikan secara wewenang.

C) Penggubalan Akta yang akan mentakrifkan GLC dan GLIC secara jelas yang akan terpakai di kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri. sebagai alternatif, undang-undang yang sedia ada seperti Akta Syarikat boleh dipinda untuk mencapai tujuan ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan