32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Johari, Wan Rosdy dipilih Naib Presiden UMNO

Mohamed Khaled mempertahankan jawatannya selepas terima undi kedua tertinggi bahagian

Mesti Baca

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjadi muka baharu yang dipilih bagi mengisi kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Keputusan sehingga pukul 9 pagi tadi menyaksikan, penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi mengekalkan kedudukannya selepas menerima undian sebanyak 106 bahagian.

Undian semasa itu juga memperlihatkan Wan Rosdi menerima undi tertinggi dengan 117, diikuti Mohamed Khaled dan Johari di kedudukan ketiga dengan 96 undi.

Ketiga-tiga pemimpin ini mengenepikan cabaran lima calon lain.

Mereka adalah Datuk Seri Azalina Othman yang menerima 63 undi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (45), Datuk Seri Hasni Mohammad (41), Datuk Seri Mahdzir Khalid (33) dan Dr. Mohd Yusof Musa (0). –

Baca juga:   Bekas warga Utusan Melayu tuntut pampasan, tunggakan

Untuk rekod, bagi pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO kali ini, hanya Mohamed Khaled dan Mahdzir yang bertanding untuk mempertahankan jawatan mereka.

Sementara itu, bagi calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) pula, seramai 95 orang layak bertanding termasuk Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Selain itu, turut sama bertanding adalah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – Edisi 9

Baca juga:   Hairi teruskan legasi UMNO Johor Bahru - Shahrir

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur Speaker, gagal menjawab soalan

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat, hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan