32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Akmal Saleh menang Ketua UMNO Bahagian Jasin

Muncul Ketua Bahagian UMNO termuda bagi penggal 2023-2026

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Jasin baharu selepas menang pemilihan bagi sesi 2023-2026.

Kemenangan di Jasin menyaksikan Dr. Muhamad Akmal meraih 340 undi sekali gus muncul Ketua Bahagian termuda dalam pemilihan penggal kali ini.

Dalam pemilihan semalam, Dr. Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menewaskan tiga pencabar lain termasuk penyandang, Datuk Hassan Abdul Rahman; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Zaidi Attan dan Datuk Yusof Osman.

Dr. Muhamad Akmal berkata, ini merupakan langkah awal kepadanya untuk melakukan perubahan dalam parti sekali gus mengembalikan semula kegemilangan UMNO.

“Terima kasih atas kepercayaan perwakilan UMNO Jasin kepada kami untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Baca juga:   Hairi teruskan legasi UMNO Johor Bahru - Shahrir

“Kami sedar ini bukan perkara yang mudah untuk mengembalikan UMNO ke puncak tetapi kami percaya segalanya bermula daripada kertas undi anda semua.

“Ini tanggungjawab kita semua untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Bantu dan doakan kami untuk menjalankan amanah ini dengan baik. Demi sebuah pengharapan,kita akan lakukan dengan cara kita,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dr. Muhamad Akmal dalam pemilihan minggu lalu dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO baharu selepas menang dengan majoriti besar.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang dikenali sebagai Dira pula dipilih sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin selepas memperolehi 353 undi. – Edisi 9

Baca juga:   Isham Jalil boleh senyum lebar, barisi jawatan MKT

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur Speaker, gagal menjawab soalan

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat, hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan