33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Warga emas ditemukan maut di luar rumah terbakar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis, Pahang, petang tadi.

Mangsa, Yusof Kindok, 77, ditemui terbaring di luar rumah terbabit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, pihak polis dimaklumkan sebuah rumah terbakar di kampung itu dan mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter di luar rumah.

“Hasil maklumat, mangsa tinggal bersendirian dan kita percaya lelaki itu tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan telah menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 5.15 petang mengenai kebakaran rumah.

Menurut hantaran itu, seramai 9 anggota diketuai oleh PBK III Ahmad Salahudin Yunan dikejarkan ke lokasi.

“Seorang mangsa lelaki warga emas berbangsa melayu didapati telah meninggal dunia.Kebakaran menyebabkan rumah beliau musnah 100 peratus.

“Pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan 1 aliran hose reel air pam tangki jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan