26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Khaled Nordin mahu kembalikan perpaduan dalam parti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu memberi keutamaan kepada mengembalikan semula perpaduan dalam parti.

Beliau yang berjaya mempertahankan jawatan disandangnyan itu pada pemilihan kali ini berkata, masa berpolitik telah berakhir.

“Telah tiba masa untuk semua bertaut kembali sebagai keluarga besar yang saling bahu membahu demi mengembalikan UMNO ke persada kepercayaan bangsa Melayu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor dan Ahli Parlimen Kota Tinggi itu turut menzahirkan ucapan terima kasih sedalamnya atas kepercayaan ahli UMNO untuk dirinya meneruskan tugas sebagai Naib Presiden.

Mengulas itu, Mohamed Khaled menekankan pentingnya persahabatan dikukuhkan semula sempena kedatangan Ramadan yang karim dan mubarak.

“Sangatlah elok untuk kita kembali mengukuhkan persahabatan demi UMNO, bangsa dan Islam. Segala khilaf ketika kempen pemilihan, mari kita lupakan dan saling maafkan.

Baca juga:   Tiada lagi saman ke atas individu tidak pakai pelitup muka

Era baharu dalam UMNO mesti kita mulakan dengan semangat Ramadan yang menyeru untuk kita menyucikan diri dan kembali ke jalan rohani.

“Insya-Allah, kita mulakan dengan mengikhlaskan diri untuk memulih, merawat dan membangunkan semula UMNO,” katanya.

Selain Mohamed Khaled, dua lagi jawatan itu disandang oleh muka baharu, iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan