25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Warga asing ditahan bom ikan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH menggunakan bahan letupan bagi menangkap ikan, seorang lelaki Filipina ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), semalam.

Suspek berusia 57 tahun itu ditahan APMM dalam Op Pluto Timur pada kedudukan 0.82 batu nautika di tenggara Pulau Lingkutan, Banggi, pukul 11 malam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne, hasil maklumat risikan, pihaknya mengesan sebuah bot pam disyaki melakukan aktiviti mengebom ikan.

“Bot peronda APMM, diatur gerak selepas menerima maklumat dan menemui sebuah bot di lokasi berkenaan. Pemeriksaan ke atas bot itu mendapati ia dikendalikan seorang lelaki warga Filipina tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Turut ditemui bahan letupan serta peralatan mengebom ikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bot serta suspek terbabit ditahan dan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang salah laku jenayah di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan