26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Banjir Johor: Lima jalan di Batu Pahat masih ditutup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANJIR yang melanda Johor semakin pulih dengan keadaan di Batu Pahat, iaitu daerah yang paling teruk terjejas juga semakin pulih.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, lima jalan di daerah itu masih ditutup untuk laluan kecuali kenderaan berat.

Jalan-jalan terbabit ialah Jambatan Sri Dayung di Jalan Parit Haji Arif atau Sri Dayung; Jambatan Parit Jambi di Jalan Parit Jambi; Klinik Kesihatan Sri Medan di Jalan Haji Arif; sepanjang Jalan Parit Warijo dan Kampung Sri Bengkal, Jalan Sri Bengkal.

Pada masa yang sama, paras air tiga lembangan sungai di Batu Pahat masih berada pada tahap amaran.

“Lembangan sungai terbabit ialah Empangan Bekok yang juga sub-lembangan Sungai Bekok dengan bacaan 19.20 meter (m), Empangan Sembrong (Sungai Sembrong) 12m dan Sungai Senggarang di Senggarang mencatat 3.50m,” kata JPS dalam kenyataan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, seramai 10,396 orang daripada 2,977 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu sehingga 8 pagi ini.

Advertisements

Bagaimanapun, jumlah tersebut berkurangan berbanding 13,872 orang daripada 3,985 keluarga malam tadi.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, mereka kini ditempatkan di 51 PPS di daerah tersebut.

Menurutnya, lapan PPS sudah ditutup dalam tempoh itu, termasuk di Sekolah Agama (SA) Seri Bulan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Masjid Jamek Simpang Tiga Parit Sulong, dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Parit Yaani.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) tiada mengeluarkan sebarang amaran hujan lebat di semua daerah negeri ini. Berdasarkan laporan cuaca sebenar pula, semua daerah dilaporkan cerah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan