25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Keputusan penuh MKT UMNO sesi 2023-2026

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIHAN UMNO 2023 yang melabuhkan tirainya penuh dengan kejutan apabila beberapa nama besar dalam parti kecundang dalam undian yang diadakan semalam.

Perebutan jawatan Naib Presiden UMNO menyaksikan kemenangan tidak diduga Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dipilih sementara Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kekal di kerusi berkenaan.

Penyandang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang sebelum ini yakin akan mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak 2018 itu kecundang selepas hanya menerima 34 undi, berada di kedudukan dua terakhir daripada lapan calon bertanding.

Percubaan sulung calon tunggal wanita, Datuk Seri Azalina Othman Said pula untuk menjadi Naib Presiden wanita pertama UMNO tidak kesampaian namun undi bahagian menunjukkan Ahli Parlimen Pengerang di kedudukan keempat dengan 64 undi sahaja.

Sementara itu, hasrat Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk mencipta kejutan tidak menjadi nyata apabila beliau sekadar meraih 45 undi, namun berkedudukan lebih baik berbanding calon berpengalaman, Datuk Seri Hasni Mohamad.

Dalam pada itu, untuk pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pula menyaksikan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah di kedudukan teratas daripada 74 calon yang bertanding.

Menariknya, beberapa ahli UMNO yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu turut dipilih menganggotai MT bagi sesi 2023-2026.

Antaranya adalah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Zahida Zarik Khan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Isham Jalil.

Isham juga merupakan antara calon MT yang lantang bersuara di media sosial dan tidak gentar mengkritik mana-mana pihak termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini.

Selain Isham, beberapa MT lain yang lantang bersuara turut terpilih seperti Datuk Lokman Noor Adam dan Datuk Mohd. Puad Zarkashi.

Mohd. Puad bagaimanapun tewas dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat dengan perbezaan 99 undi kepada timbalannya, Zaidi Japar, semalam. – Edisi 9

Berikut merupakan keputusan penuh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Sesi 2023/2026:-

Pengerusi Tetap

Tan Sri Badruddin Amiruldin

Timbalan Pengerusi Tetap

Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah

Presiden

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Presiden

Datuk Seri Mohamad Hasan

Naib Presiden

1. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

3. Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Ahli Majlis Tertinggi

1. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah

2. Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir

3. Datuk Seri Ahmad Maslan

4. Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

5. Datuk Seri Bung Moktar Radin

6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

8. Datuk Sri Hajah Shahaniza Bt Shamsuddin

9. Datuk Azian Osman

10. Datuk Seri Dr. Md. Alwi Che Ahmad

11. Datuk Dr. Ir. Shaik Hussein Mydin

12. Datuk Zahida Zarik Khan

13. Datuk Haji Mohd. Razlan Muhammad Rafii

14. Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin

15. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

16. Datuk Mohd. Puad Zarkashi

17. Datuk Seri Jamil Khir Baharom

18. Datuk Johan Abd. Aziz

19. Isham Jalil

20. Datuk Seri Abd. Rahman Dahlan

21. Datuk Lokman Noor Adam

22. Datuk Seri Ahmad Said

23. Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin

24. Datuk Mohd. Rafi Alli Hassan

25. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan