26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

​Kanabis dalam perubatan perlu kajian mendalam – PM

Mesti Baca

Isu berkaitan kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan di negara ini memerlukan penelitian dan perbincangan menyeluruh serta mendalam termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu mengambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.

“Sabar, kita harus teliti betul-betul, kena ingat sebaik sahaja kita halalkan (kanabis) dengan hujah kuat seperti perubatan dan keperluan, itu hendak kawal susah… Saya tidak kata saya ada pandangan keras dalam bidang ini, saya sudah cadang supaya kita buka ruang dan bincang betul-betul implikasinya.

“Bagi orang yang mahu cadangkan atau menolak, mari kita lihat secara keseluruhan dulu implikasi dan kemudian ambil keputusan sama ada nak halalkan sebahagian atau terus dengan keadaan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program dialog anak muda ‘Temu Anwar’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. 

Baca juga:   UKM gerakkan 1,200 sukarelawan bantu mangsa banjir

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut memberi gambaran berkaitan permasalahan serius yang sukar ditangani berhubung isu penyalahgunaan dadah ketika ini.

Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan. 

Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin dalam lawatan kerja ke Thailand pada Ogos lalu turut meninjau potensi penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan selain melihat kerangka undang-undang yang berkaitan dengannya.

Baca juga:   Ekspo Dubai: Malaysia peroleh potensi pasaran lebih RM70 bilion

Sementara itu, menjawab soalan peserta sama ada terdapat sebarang rancangan untuk memecah monopoli Touch ‘n Go dalam sistem pengangkutan dan jalan raya negara, Anwar berkata, perkara tersebut mungkin dipertimbang semula.

“Touch ‘n Go telah beroperasi selama lebih dua dekad, belum ada perkembangan atau kemajuan yang meyakinkan dalam sistem ini… Saya rasa anda betul, kita perlu mempertimbang semula perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

KPM ambil langkah tangani sekolah kepadatan penduduk

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sekolah yang berada dalam...

Lagi Artikel Berkaitan