32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Kerajaan setuju Touch ‘n Go dikaji semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju mempertimbangkan semula kajian dan monopoli berkenaan dengan sistem pembayaran Touch ‘n Go (TNG) di negara ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima pandangan seorang peserta sama ada kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk menilai semula TNG.

Anwar turut memberi bayangan perkhidmatan pembayaran itu boleh dikembangkan lagi selepas tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu sejak dua dekad lalu.

Katanya, TNG telah beroperasi selama lebih dua dekad dan sistem yang digunakan tidak ada sebarang progres dalam perkara itu.

“Saya rasa anda betul. Kita akan menimbangkannya semula,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika Dialog Anak Muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur Speaker, gagal menjawab soalan

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat, hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan