27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Tanggungjawab lebih besar, dari kemenangan yang dicapai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan kejayaan ini merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar bagi dirinya berbanding kemenangan dicapai.

“Kejayaan ini satu tanggungjawab besar untuk saya membantu Presiden, Timbalan Presiden serta seluruh kepimpinan UMNO terutamanya dalam keadaan parti yang cukup getir ketika ini.

Naib Presiden UMNO yang baharu dipilih itu bertekad memperkukuhkan parti supaya saf perjuangan dapat dirapatkan semula.

“Kekalahan UMNO pada PRU15 yang lalu menuntut seluruh ahli untuk rapatkan semula saf perjuangan, perkukuhkan kembali persaudaraan serta berikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada parti agar UMNO mampu bangkit menjadi sebuah parti yang kuat.

“Oleh itu, saya berharap agar seluruh ahli UMNO terus istiqamah, menggembleng tenaga dan bekerjasama bagi memastikan perjuangan parti dapat diteruskan demi agama, bangsa dan tanah air.

Baca juga:   Malulah sikit, bila masa UMNO nak kawan PKR?

“Berbekalkan pengalaman saya dalam mentadbir kerajaan dan juga parti, insya-Allah, saya akan gunakannya untuk membantu bagi membina semula kekuatan UMNO agar parti keramat ini kembali bangkit dan kekal relevan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti,”katanya.

Pada masa sama, dalam kenyataan, beliau yang juga Menteri Besar Pahang turut menzahirkan terima kasih kepada semua perwakilan.

“Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan takdirnya saya dipilih sebagai Naib Presiden UMNO Sesi 2023-2026 pada Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang berlangsung serentak seluruh negara pada 18 Mac 2023.

Baca juga:   Imigresen gempur universiti swasta ternama, tangkap 33 PATI

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan yang telah memberi sokongan, kepercayaan serta memberi saya satu daripada tiga kerusi jawatan ini.

“Sudah pastinya kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa bantuan semua pihak terutamanya jentera kempen saya yang berhempas pulas sepanjang tempoh dua minggu ini.

“Tanpa bantuan ini tidak mungkin saya berupaya untuk mencapai kemenangan yang penuh bermakna ini,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan