28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tengku Zafrul tekad laksana tanggungjawab demi UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bertekad untuk memberikan yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan bahtera UMNO.

Beliau mendapat undian keempat tertinggi dalam pemilihan UMNO Sabtu lalu berkata, tekad itu bukan sahaja untuk buat parti semata-mata tetapi juga bagi gagasan rakyat Malaysia.

“Insya-Allah, saya akan membantu saf kepimpinan tertinggi parti untuk memperkasakan parti dan memulihkan kembali sokongan kepada UMNO di kalangan rakyat,” katanya mengulas keputusan pemilihan UMNO yang berlangsung Sabtu dan keputusan rasmi yang diumumkan petang semalam.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut beryukur atas kemenangan yang diperoleh dan mendoakan agar segala usaha dirahmati Allah.

Advertisements

Sementara itu, beliau berkata, para perwakilan UMNO kini telah memilih siapa yang mereka mahukan untuk menggalas tanggungjawab dalam parti di peringkat bahagian dan Pusat.

Katanya, kini tiba masanya untuk semua memberi fokus semula terhadap cabaran yang sedang dihadapi oleh parti.

“Insya-Allah dengan saf kepimpinan yang baharu ini, kita akan dapat memulihkan kembali sokongan kepada parti,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tujuh wira, tiga wirawati korban nahas helikopter TUDM

NAHAS dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung sebelum terhempas di Kompleks Sukan TLDM Lumut mengorbankan tujuh...

Lagi Artikel Berkaitan