32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Maqis rampas 50 kg mangga di KLIA Terminal 2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN membawa masuk 50 kilogram (kg) mangga oleh sekumpulan rakyat tempatan tidak berjaya apabila ditahan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd Sobri Md. Hashim berkata, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, mangga seberat 50 kg itu cuba dibawa masuk oleh sekumpulan warganegara Malaysia yang baru pulang dari Kemboja.

“Ia berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM. Siasatan mendapati, mangga tersebut telah ditahan kerana tidak mempunyai permit import serta sijil fitosinasi yang sah.

“Perbuatan mengimport produk pertanian tanpa permit yang sah dari Maqis adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), akta sama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   Cubaan bawa masuk 50kg herba tanpa permit import tidak berjaya

Katanya, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya.

Ujar beliau, Maqis akan sentiasa memastikan tumbuhan binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam Malaysia adalah bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta tidak menjejaskan sektor pertanian negara. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan