25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Henti beri komen tentang pengampunan Najib – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEMUA pihak digesa supaya berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, segala keputusan terletak di atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. 

“Jadi, ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen yang tidak sepatutnya,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut, Johor.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad hari ini yang merayu agar permohonan pengampunan bekas Presiden UMNO itu ditolak. 

Advertisements

Ahmad Zahid pada 9 April lalu berkata, UMNO berhasrat mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong memberi pertimbangan pengampunan kepada Najib.

Katanya, perkara itu adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.

Dalam pada itu, perbincangan telah diadakan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berhubung rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Kita tidak akan menggunakan pendekatan parti-parti politik di dalam gabungan, parti komponen untuk mengadakan perbincangan secara berasingan maka sebarang perundingan hendaklah melibatkan dua parti gabungan BN dan PH.

“Apabila mula mengadakan perbincangan ini, kita akan mencari jalan terbaik tentang kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di keenam-enam negeri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan