24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Polis buru lelaki curi beg silang di Masjid Muhammadi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki diburu polis kerana disyaki mencuri beg silang seorang jemaah yang sedang solat zohor di Masjid Muhammadi di Kota Bharu, Kelantan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangsa yang mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM2,000.

“Ia melibatkan kehilangan telefon bimbit dan wang tunai RM150, pada jam 2.50 petang hari sama.

Advertisements

“Suspek ketika itu memakai seluar panjang berwarna hitam, berkemeja putih dan berkopiah, dianggarkan berumur sekitar 30-an,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, polis mengesan rakaman video berdurasi 14 saat dimuat turun dan memaparkan kejadian seorang pencuri mencuri beg jemaah di sebuah masjid.

Sehubungan itu, Mohd Rosdi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek menghubungi Sarjan Mohd Hafiz Muhammad Khila di talian 013-9529828 atau 09-7752200 atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan