24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Allianz sedia jadi penaja utama Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT gergasi insuran Jerman, Allianz dilaporkan berminat menjadi penaja utama kelab Inggeris, Chelsea bermula musim depan bagi menggantikan syarikat telekomunikasi, Three.

Ini kerana tajaan Three akan berakhir musim ini dengan syarikat berkenaan dilaporkan tidak berminat menyambung penajaan.

Bakal terlepas kejohanan Eropah musim depan, pemilik bersama Todd Boehly dan Clearlake Capital pastinya berharap dapat menarik tajaan kewangan yang besar apatah lagi selepas berbelanjan besar Januari lalu.

Menurut laporan portal, Sky News, Allianz kini menjadi salah satu syarikat berpotensi menjadi penaja utama The Blues dan berharap perjanjian dapat dimeterai dalam tempoh enam minggu lagi.

Advertisements

Tajaan semasa, Three dilaporkan bernilai RM224 juta semusim atau RM672.7 juta sepanjang tempoh tiga tahun kontrak berkenaan.

Hubungan Chelsea dengan Three tidak begitu baik susulan syarikat itu menggantung sementara tajaan mereka ketika pemilik ketika itu, Roman Avramovich dikenakan sekatan oleh kerajaan United Kingdom (UK).

Syarikat berkenaan tidak membenarkan kelab itu menggunakan logo pada jersi pasukan ketika penggantungan berkuat-kuasa.

“Susulan sekatan kerajaan, kami memohon menggantung sementara penajaan terhadap Chelsea termasuk menurunkan logo kami dari jersi dan stadium sehingga notis baharu dikeluarkan,” kata syarikat berkenaan menerusi kenyataan ketika itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan