26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Puteri Sarah enggan ulas dakwaan pernah dicerai dua kali

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKON, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin enggan mengulas dakwaan bahawa dia pernah dua kali diceraikan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah Liyana berkata, dia mengambil pendekatan berdiam diri atas nasihat peguamnya.

“Saya mohon maaf tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit atas nasihat peguam.

“Apa-apa pun, boleh rujuk perkara itu di mahkamah syariah,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro hari ini.

Akhbar itu semalam melaporkan Puteri Sarah Liyana didakwa pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.

Memetik sumber Harian Metro memaklumkan, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

“Perkara ini memang berlaku dan ada rekod. Malah sudah difailkan pada September 2020 untuk pengesahan lafaz cerai.

“Difahamkan Syamsul juga tidak hadir ke mahkamah,” menurut sumber Harian Metro itu lagi.

Baca juga:   Puteri Sarah, Syamsul diarah ke Jawatankuasa Pendamai

Kes penceraian pasangan selebriti itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas gagal diselesaikan dengan baik apabila enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan