24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Fattah belum sedia cerai Fazura, cuba selesai secara baik

Mesti Baca

PELAKON, Fattah Amin belum bersedia dan tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya, Fazura sebaliknya akan mencuba menyelesaikan isu berkaitan rumahtangga mereka secara baik.

Peguam Syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah, 33, berkata, perkara itu dinyatakan oleh pelakon filem ‘Pendekar Awang’ itu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

Utusan TV yang memetik kenyataan Zulkifli berkata, anak guamnya itu masih sedang mencuba untuk memuktamadkan terma-terma secara baik termasuk isu-isu yang berbangkit semasa perkahwinan.

“Terma-terma itu adalah termasuk isu-isu yang berkait semasa perkahwinan. Perkara itu perlu agar pihak-pihak dapat menyelesaikan isu secara baik selepas ini tanpa perlu memanjangkan perkara yang belum selesai sekiranya berlaku penceraian,” katanya selepas prosiding sebutan kes selesai, pagi ini.

Sementara itu, Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, pula mengesahkan pihak Fattah selaku defendan telah membuat cadangan-cadangan penyelesaian secara baik.

Justeru, mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan kedua pada 7 Oktober depan bagi status terhadap cadangan-cadangan oleh pelakon tersebut.

Advertisements

“Kita akan cuba untuk menyelesaikan dengan baik tanpa menerusi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Pada 7 Oktober nanti, kalau ada penyelesaian, kita akan teruskan apa yang patut,” katanya.

Fazura yang juga pelakon terkenal memfailkan tuntutan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama pada 13 September lalu, sekaligus menjawab desas-desus tentang keretakan rumahtangga pasangan tersebut.

Bagaimanapu, punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti yang dianggap paling ideal itu tidak didedahkan.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan