23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

KPT gerakkan 878 sukarelawan, aset misi bantuan pascabanjir

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) menggerakkan 878 sukarelawan dan pelbagai aset milik kementerian bagi misi bantuan pascabanjir di negeri-negeri utara Semenanjung.

KPT dalam satu kenyataan berkata, mereka terdiri daripada staf dan pelajar yang bergabung di bawah Bridged Sukarelawan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) bagi melancarkan penyampaian bantuan kepada mangsa.

Turut digerakkan adalah pelbagai aset milik IPT yang digunakan bagi memudahkan capaian ke lokasi yang terjejas meliputi dua buah bot, 24 bas, enam lori, 15 van dan 17 kenderaan pacuan empat roda.

“KPT juga menyediakan pelbagai kelengkapan tambahan antaranya 56 unit waterjet, empat pam air, tiga tangki air dan sembilan generator bagi melancarkan kerja pembersihan bangunan awam seperti sekolah dan premis di kawasan yang terjejas.

“Selain itu, perkhidmatan bantuan sokongan psikologi kepada mangsa yang terkesan secara individu mahupun berkelompok juga ditawarkan kepada mereka yang memerlukan,”kata kenyataan KPT hari ini.

Advertisements

Kementerian itu berkata, selain Kedah dan Pulau Pinang, misi bantuan itu juga turut dipanjangkan kepada semua kawasan banjir yang terjejas di negeri Perak dan Perlis dan bersedia menggerakkan di kawasan lain sekiranya diperlukan.

KPT berharap dengan usaha yang digerakkan itu dapat memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir serta seluruh warga Kementerian juga mendoakan agar mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini.

Sehingga pagi ini, hanya Kedah yang masih dilanda banjir dengan 4,139 mangsa daripada 1,315 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bagaimanapun, jumlah tersebut semakin berkurangan berbanding 6,448 mangsa melibatkan 2,064 keluarga pada petang semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan