32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

DBKL laksana operasi kunci air penyewa culas bayar sewa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi kunci air terhadap penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah dan Batu Muda kerana didapati mempunyai tunggakan sewa.

Operasi berkenaan telah dijalankan DBKL melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Pembangunan Bandar baru-baru ini.

DBKL menerusi kenyataan berkata, sebelum tindakan diambil, pihaknya telah melakukan pelbagai cara bagi mengingatkan penyewa untuk membayar tunggakan sewa.

“Notis peringatan sudah dikeluarkan, begitu juga pertemuan bersemuka bagi para penyewa berbincang dan melakukan penstrukturan pembayaran.

“Malahan, pihak DBKL telah membuka kaunter bergerak bagi memudahkan urusan dalam membayar tunggakan sewa.

Advertisements

“Bagaimanapun, masih ada penyewa yang culas dan sehubungan itu, pihak DBKL mengambil langkah mengunci air kepada golongan yang berdegil.

“Untuk membuka semula air yang telah dikunci penyewa hendaklah menjelaskan tunggakan sewa yang ada,”katanya.

DBKL berkata, kepada penyewa yang mempunyai tunggakan dan belum diambil tindakan, masih ada masa untuk menjelaskan tunggakan atau berjumpa DBKL untuk berbincang mengenai kaedah terbaik dalam menyelesaikan tunggakan tersebut.

“Operasi ini akan diteruskan di kawasan PA/PPR yang lain dari semasa ke semasa. Ingat, Bayar Sewa, Jelas Tunggakan, Elak Tindakan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan