28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Skandal cukai: Timbalan Menteri Kewangan Jepun letak jawatan

Mesti Baca

TIMBALAN Menteri Kewangan Jepun, Kenji Kanda meletak jawatan semalam berikutan pendedahan beliau ingkar membayar cukai.

Peletakan jawatan itu satu lagi tamparan kepada Perdana Menteri, Fumio Kishida yang dilihat semakin tidak mendapat sokongan orang ramai dalam pilihan raya.

Kenji Kanda, menteri kewangan negeri yang bertanggungjawab ke atas bon kerajaan dan dasar monetari, memberitahu pemberita beliau telah meletak jawatan kerana tidak mahu isu itu mengganggu perbahasan di Parlimen.

Badan perundangan tidak lama lagi akan membincangkan bajet tambahan 13.1 trilion yen (AS$86.34 bilion/RM406.50 bilion) untuk membiayai pakej ekonomi kerajaan.

Minggu lalu, majalah Shukan Bunshun melaporkan firma swasta milik Kanda, yang adalah akauntan cukai berlesen, telah berulang kali gagal membayar cukai dan pihak berkuasa telah merampas bangunan syarikat sebanyak empat kali.

Advertisements

Kanda berkata, laporan itu adalah benar. Beliau adalah pegawai ketiga yang meninggalkan jawatan menteri dalam masa dua bulan sahaja sejak Kishida merombak kabinetnya untuk meningkatkan penilaian kelulusan awam yang merudum.

“Kerajaan memandang serius isu peletakan jawatan dan akan melakukan yang terbaik untuk menangani isu-isu mendesak untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai,” kata jurucakap tertinggi kerajaan, Hirokazu Matsuno mengenai tiga peletakan jawatan itu.

Tinjauan menunjukkan Perdana Menteri tidak berjaya memulihkan sokongan yang jatuh.

Tinjauan terbaharu oleh penyiar FNN menunjukkan kelulusan untuk kabinet Kishida mencapai rekod terendah 27.8 peratus, turun 7.8 mata daripada bulan lalu.

Dalam pelbagai tinjauan pendapat, responden berkata mereka tidak terkesan dengan langkah-langkah pelepasan dan rangsangan ekonomi kerajaan, termasuk mengurangkan pendapatan tahunan dan cukai lain sebanyak 40,000 yen (AS$236.6/RM1,113) setiap orang dan membayar 70,000 yen (AS$461.30/RM2,171) kepada isi rumah berpendapatan rendah. -Agensi

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan