30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Sogok ahli Parlimen: Saifuddin sindir Wan Fayhsal, Armada

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sarkastik memuji tindakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersama rakan-rakannya.

Sindiran tersebut dilontarkan beliau selepas Wan Ahmad Fayhsal dan Armada membuat laporan polis pada tengah malam tadi berhubung dakwaan wujud unsur umpan, habuan dan ugutan ekoran sokongan beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Perdana Menteri.

“Saya ucap syabas kepada (Ahli Parlimen) Machang dan Armada bekerja sampai tengah malam buat laporan polis. Hakikat bahawa polis menerima aduan menunjukkan mereka juga profesional.

“Saya ulangi kesediaan kita ada aduan, unsur ugutan… (lapor) polis; habuan, sogokan, itu (di bawah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Seksyen berapa? Seksyen 16 dan 17, saya beritahu (Ahli Parlimen) Machang bila laporan SPRM sebut terus seksyen tersebut di bawah Akta SPRM,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Armada tengah malam tadi, disusuli laporan kepada SPRM dalam masa terdekat.

Katanya lagi, satu sidang media berhubung tindakan tersebut juga akan diadakan mereka.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, peruntukan yang diberi kepada ahli parlimen merupakan bajet Perdana Menteri ke setiap kawasan melalui wakil rakyat yang dipilih.

“Soal ini sudah banyak kali kita bincangkan. Isunya ialah kesediaan kerajaan membuka ruang kepada perbincangan. Timbalan Perdana Menteri Putrajaya diberikan mandat, kenapa kita hendak prolong benda ini”,” soal beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan