27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PTPTN perkenal portal mudahkan majikan urus potongan gaji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI memudahkan urusan potongan gaji oleh pihak majikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan satu lagi inisiatif perkhidmatan dalam talian melalui Portal Majikan Online.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, selain itu, perkhidmatan dalam talian ini juga memberi kemudahan platform kepada majikan untuk menjalankan pengesahan dan semakan data yang lebih mudah dengan proses keseluruhan potongan gaji dilaksanakan secara digital.

Menurut beliau, potongan gaji pelanggan yang sebelum ini diuruskan secara manual boleh dilaksanakan pihak majikan secara dalam talian melalui Portal Majikan Online.

“Ia diperkenalkan adalah sebagai salah satu agenda pendigitalan ke arah penambahbaikan perkhidmatan dalam talian untuk memudahkan urusan potongan gaji ke arah perkhidmatan PTPTN yang lebih cekap dan efisyen.

Advertisements

“Dengan adanya Portal Majikan Online, majikan boleh melakukan transaksi potongan gaji pekerja pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selamat,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, melalui inisiatif yang diperkenalkan PTPTN, ia akan memudahkan majikan melaksanakan potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman, penabungan dalam Simpan SSPN oleh peminjam PTPTN atau pendeposit Simpan SSPN.

“Kerajaan melalui Belanjawan 2024 juga telah bersetuju dengan pemberian insentif diskaun 15 peratus untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara potongan gaji bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

“Diharapkan agar para majikan membantu pekerja mereka yang merupakan peminjam PTPTN untuk mengambil peluang membuat bayaran balik melalui potongan gaji dan menikmati insentif diskaun yang diberikan oleh kerajaan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan