28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PTPTN komited kutip hutang peminjam mampu tapi culas

Mesti Baca

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk mendapatkan balik hutang daripada peminjam yang mampu tetapi culas membuat bayaran balik pinjaman.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, ia selaras dengan keputusan kerajaan yang memberikan diskaun bayaran balik pinjaman tabung tersebut bagi bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam dan hutang mesti dibayar.

“Saya menyambut baik keputusan Perdana Menteri untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024.

“Keputusan ini sekali gus membuktikan bahawa laporan sesetengah media sebelum ini bahawa pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN tidak akan diteruskan dalam Belanjawan 2024 adalah satu berita tidak betul yang tidak selari dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norliza yang juga Naib Ketua UMNO Malaysia turut menyambut baik arahan Perdana Menteri agar bahagian hal ehwal pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain menjadi pemudah cara dan membantu mahasiswa yang mempunyai masalah bayaran yuran pengajian.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan akan merealisasikan hasrat tersebut agar tidak ada mahasiswa dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar atau mengambil peperiksaan di universiti awam hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran pengajian.

Advertisements

Katanya, arahan supaya yuran pengajian di universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024 pula selaras dengan jaminan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya percaya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pendidikan Tinggi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri adalah gandingan terbaik yang akan membolehkan bidang pendidikan tinggi menjadi pemangkin kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

Semalam, ketika membentangkan Belanjawan 2024, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Beliau berkata, diskaun sebanyak 10 peratus pula akan diberikan ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

“Sementara itu, diskaun 15 peratus turut diberikan untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan