27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Belanjawan 2024: KPKM terus pacu sektor agromakanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memacu sektor agromakanan yang berfokus kepada agenda pemodenan dan kelestarian aktiviti pertanian.

Selain itu, kata Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu, kementerian juga akan memberi pengukuhan dalam infrastruktur pertanian, pembangunan secara holistik terhadap rantaian nilai agromakanan dan pemerkasaan agenda kebajikan petani, nelayan, penternak dan pesawah.

“Ini selari dengan fokus utama untuk memastikan keterjaminan makanan kepada semua rakyat Malaysia,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, KPKM menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama berkenaan keterjaminan makanan negara.

“Belanjawan tersebut diyakini mampu mengukuhkan peranan KPKM dalam mendepani cabaran isu-isu semasa di dalam sektor pertanian dan agromakanan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Mohamad berkata, selaras dengan agenda Kerajaan Perpaduan untuk terus memperhebat usaha menjamin kelangsungan industri agromakanan negara yang lebih mandiri, Kerajaan memutuskan beberapa inisiatif iaitu menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan metrik daripada RM1,200 per tan metrik.

“Kali terakhir ianya diselaraskan adalah pada tahun 2014.

“Selain itu, memulakan usaha rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di beberapa kawasan jelapang dengan membina infrastruktur pengairan tersier di kawasan pertanian Muda bagi meningkatkan pengeluaran padi melalui pelaburan bernilai RM3 bilion.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan oleh KPKM dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi bagi mencapai sasaran kadar Tahap Sara Diri (SSR) beras negara sebanyak 80 peratus pada tahun 2030.

“Secara tidak langsung, inisiatif ini akan mengurangkan kebergantungan negara kepada beras import, selain memberikan pendapatan tambahan kepada pesawah menerusi pertambahan satu musim tambahan berbanding tempoh penanaman konvensional,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, inisiatif lain adalah meningkatkan peruntukan subsidi padi bukit atau padi huma daripada RM40 juta kepada RM50 juta dalam usaha meluaskan kawasan penanaman padi bukit daripada 43, 000 hektar.

Advertisements

“Inisiatif ini dijangka akan dapat membantu meringankan kos penanaman padi bukit atau huma oleh pesawah di Sabah dan Sarawak;

“Sementara itu, untuk manfaat para nelayan, kerajaan terus mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah iaitu RM1.65 seliter kepada nelayan kelas tertentu dengan kuota 840 juta liter setahun.

“Eaun sara hidup sehingga RM300 sebulan; Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan; dan menyediakan RM10 juta untuk tujuan membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang uzur.

“Inisiatif ini merupakan salah satu usaha untuk terus menjaga kebajikan nelayan.

“Selain itu, sebanyak RM400 juta pula disediakan bagi melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan; RM150 juta untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil tanaman dan ternakan; RM50 juta bagi melaksanakan kaedah baharu perolehan baja secara tender terbuka dan RM50 juta untuk membekalkan 50,000 pesawah dengan baja bio dan organik,”katanya.

Jelas beliau lagi, bagi peningkatan kapasiti pengeluaran produk pertanian dan daya saing agroprenuer muda pula, Agrobank menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha agromakanan dengan ketersediaan dana sehingga RM430 juta.

“Sebanyak RM50 juta disediakan di bawah Tabung Bencana Pertanian bagi memberi pampasan kepada petani, penternak dan nelayan yang terkesan akibat bencana.

“Di samping sebanyak RM50 juta turut disediakan sebagai dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi bagi memberi perlindungan kepada pesawah yang terkesan akibat bencana,”katanya.

Ujar beliau, bagi mendepani agenda keterjaminan makanan, KPKM akan melaksanakan inisiatifinisiatif Belanjawan 2024 secara cekap, berhemat serta efisyen bagi memastikan golongan sasar yang telah dikenalpasti mendapat manfaat segera dari pengumuman ini.

“Saya yakin inisiatif Belanjawan MADANI akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya dalam agenda memperkukuh keterjaminan makanan negara selaras dengan objektif dan sasaran di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0),”katanya.

Menerusi Belanjawan 2024 yang diumumkan semalam, KPKM telah diperuntukkan sebanyak RM6.17 bilion iaitu kenaikan sebanyak 14.4 peratus berbanding RM5.39 bilion pada tahun 2023. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan