31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Belanjawan 2024: AMK Selangor jawab dakwaan Syed Saddiq

Mesti Baca

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini tampil menjawab tuduhan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa banyak berlaku pembaziran dalam Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Timbalan Ketua Peneranga AMK Selangor, Mohd. Fauzi B Hj. Fadzil berkata, hujah-hujah Syed Saddiq berhubung isu tersebut dianggap dangkal memandangkan hampir seluruh rakyat berbesar hati dengan belanjawan tersebut.

“Jangan kerana terdapat segelintir ‘orang tua’ yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan PMX (Anwar), maka YB Syed Saddiq pula diperalatkan untuk menjadi jurucakap pihak tidak bertanggungjawab tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fauzi berkata, penukaran kereta Toyota Vellfire kepada kenderaan elektrik (EV) mewah melibatkan jemaah menteri bukanlah sesuatu yang membazir.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan bahawa pentadbiran Kerajaan Perpaduan bakal menggunakan EV sebagai kenderaan rasmi,

Katanya, kenyataan tersebut bermaksud selepas ini bukan sahaja jemaah menteri akan menggunakan kenderaan jenis tersebut malah melibatkan penjawat awam lain yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Polisi ini dilaksanakan dengan tujuan supaya Putrajaya dijadikan model bandar rendah karbon Malaysia.

“Malah polisi tersebut akan mengalakkan rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan EV apabila pelaburan melebihi RM 170 juta oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia telah dilakukan dengan memasang 180 stesen pengecasan EV,” katanya.

Mengenai kritikan berhubung pinjaman kerajaan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi terus menampung pemilikan Boustead Plantations Berhad, Mohd Fauzi berkata, ia perlu memandangkan syarikat itu perlu dijual bagi meningkatkan kecairan aset LTAT.

Advertisements

“Namun penjualan tersebut disanggah oleh rakan-rakan Syed Saddiq dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang dengan justifikasi bahawa penjualan Boustead Plantations tidak boleh dilakukan kepada syarikat bukan Bumiputera seperti Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).

“Akibatnya kerajaan mengambil jalan tengah dengan memberi pinjaman kepada LTAT supaya Boustead Plantations Berhad kekal tidak terjual.

“Adakah keputusan memberi pinajaman kepada LTAT ini boleh dianggap sebagai satu pembaziran demi memastikan aset negara tidak terjual?,” katanya.

Mengenai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), beliau berkata, penolakan J-KOM pada peringkat awal kerana berlaku pertindihan kuasa dengan beberapa agensi kerajaan seperti Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Namun J-KOM di bawah Kerajaan Perpaduan berbeza berbanding zaman kerajaan Perikatan Nasional yang mana mereka hanya menyampaikan wawasan Malaysia Madani tanpa menjadi alat politik untuk kepentingan pihak tertentu.

Semalam, dalam sidang media di Parlimen, Syed Saddiq mengutarakan pandangannya terhadap pembentangan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Anwar.

“Selepas mendengar pembentangan Belanjawan 2024 tadi, saya ingin memberikan ringkasan serta pandangan. Saya percaya belanjawan kali ini akan terus menekan golongan pertengahan yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

“Kita kena ingat empat perkara iaitu subsidi rakyat dikurangkan, cukai rakyat dinaikkan daripada enam ke lapan peratus, pembaziran diteruskan dan janji-janji yang dilupakan. Ini adalah empat teras asas saya pada hari ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan