30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

PDRM pastikan insentif dimanfaatkan sepenuhnya – KPN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan segala insentif Belanjawan 2024 yang diperuntukkan kepada pasukan keselamatan itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan tata kelola kewangan terbaik, demi memelihara ketenteraman dan keamanan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, sejajar dengan usaha pembangunan Malaysia MADANI, PDRM akan terus kekal komited dengan fokus menyampaikan perkhidmatan bertunjangkan integriti dan tata keloka yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.

“Jadi PDRM ingin mengucapkan ucapan penghargaan kepada kerajaan atas peruntukan dan insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan untuk sektor keselamatan RM19 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut meliputi PDRM bagi terus memperkukuh ketenteraman awam dan menjamin keamanan serta keselamatan negara.

Selain itu, RM20 juta turut diperuntukkan kepada National Scam Response Centre (NSRC) berbanding RM10 juta tahun lalu, bagi meningkatkan fungsinya dalam membanteras jenayah scam.

Advertisements

NSRC ditubuhkan bagi membantu mangsa penipuan siber agar bertindak segera daripada terus menanggung kerugian akibat pengeluaran wang tanpa sekatan.

Selain PDRM, NSRC turut menggabungkan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan National Anti-Finacial Crime Centre (NFCC).

Perdana Menteri turut mengumumkan penggantian aset lama dengan tujuh pesawat kapal terbang enjin berkembar dan lima helikopter ringan PDRM bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

Turut diumumkan, RM2.4 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam termasuk yang diduduki warga PDRM, serta peruntukan RM5 juta bagi menambah bilangan anjing pengesan K9 untuk polis, bomba dan kastam.

Anwar turut mengumumkan pemberian ganjaran untuk agensi penguat kuasa yang menunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan