28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Pegawai kanan polis hidup mewah, miliki jam tangan Rolex disiasat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung seorang pegawai kanan polis yang didakwa memiliki gaya hidup mewah termasuk memiliki dua jam tangan berjenama Rolex dipercayai bernilai ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad, siasatan awal mendapati jam berkenaan itu merupakan hasil pemberian ibu dan bapanya.

“PDRM sedang menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai kanan polis yang memiliki gaya hidup mewah dengan mempunyai dua utas jam tangan Rolex.

“Hasil siasatan awal mengesahkan bahawa kedua-dua jam tangan tersebut dibeli menggunakan duit hadiah pemberian oleh ibu dan mendiang bapanya yang merupakan ahli perniagaan berjaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sungguhpun begitu Azri berkata, PDRM akan terus menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut bagi membuktikan kesahihan perkara berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan, seorang isteri pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan