26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

12 tahun NFC difitnah, akhirnya keadilan ditegakkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail bersyukur kerana segala fitnah yang dilemparkan kepada beliau dan keluarganya selama 12 tahun berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) akhirnya terbukti salah.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan beliau bersama tiga anaknya membuktikan beliau sekeluarga tidak bersalah dalam tuduhan yang dilemparkan sejak perbicaraan NFC pada 2012 atau sebelumnya.

“Terang lagi bersuluh, Hakim Anand Ponnudurai membuat keputusan berasaskan fakta sebenarnya bahawa tiada penyelewengan atau apa jua salah laku malah semua urusniaga termasuk pembelian hartanah dijalankan dengan tatakelola yang betul mengikut perjanjian pinjaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anand Ponnudurai memutuskan Mohamad Salleh bersama-sama tiga anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dibebas dan dilepaskan daripada saman kerajaan membabitkan RM253.6 juta.

Bagaimanapun, hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta untuk projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan kepada kerajaan.

Mohamad Salleh berkata, walaupun beliau telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘mahkamah pandangan awam’ namun kebenaran kini terbukti dan reda dengan ujian yang menimpanya sekeluarga.

Advertisements
Laporan Malaysiakini pada 2011 berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam projek NFC.

Beliau berkata, Dalam selama lebih 12 tahun mereka sekeluarga terpaksa menempuh pelbagai cabaran ekoran fitnah tersebut.

“Ini termasuk isteri saya, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang turut menjadi mangsa politik tohmahan dan penganiaan ini.

“Beliau dengan rela hati meletakkan jawatan dalam kabinet akibat fitnah-fitnah berkenaan pada masa itu, saya juga pasrah,” katanya.

Pada 2011, Shahrizat yang ketika masih menjadi menteri Kabinet telah dituduh menggunakan dana melalui NFCorp untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Shahrizat didakwa melakukan penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah di Bangsar itu bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan