Saturday, June 13, 2026

Cikgu Mohd Fadli tidak bersalah, berjuang bukan kerana pangkat

Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh KPM.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.

Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang tadi, Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh KPM.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Mohd Fadli sendiri menerusi Facebook live malam ini yang membacakan surat keputusan tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan (KPM).

“Walau ramai sudah maklum, Alhamdulillah ketiga-tiga pertuduhan (saya didapati) tidak bersalah dan bebas daripada apa-apa tindakan (tatatertib),”katanya.

Dalam masa sama Mohd Fadli mengucapkan terima kasih kepada netizen yang tidak henti menyokongnya untuk memperjuangkan isu pendidikan.

Katanya, sokongan yang diterima juga menyebabkan isu ini mendapat perhatian Perdana Menteri dan Menteri Kanan Pendidikan.

“Saya berjuang bukan disebabkan mahukan pangkat tapi mahu anak murid mendapat hak pendidikan lebih berkualiti dan KPM dipandang tinggi.

“Apabila ada cacat (kekurangan), mereka perlu terima dengan hati terbuka dan ini membolehkan sistem pendidikan kita dipandang tinggi,” katanya.

Perkara itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam perkara itu. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan