31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

UMNO tidak pernah memecahkanbelahkan kesatuan ummah

UMNO sendiri memayungi penyatuan ummah dan agenda itu terkandung rasmi dalam perlembagaannya demi agama, bangsa dan negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO tetap UMNO bersama Barisan Nasional (BN) dalam membentuk sebuah gabungan rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama tanpa memecahbelahkan kesatuan ummah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO juga tidak pernah merobek penyatuan bangsa Malaysia.

Menurut beliau, dalam mendalami perihal pemecah belah ummah harus bersandarkan fakta dan sejarah yang nyata.

“Usaha memecahbelah bermula dengan kewujudan parti-parti politik serpihan angkara krisis tamak kuasa.

“Bermula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), disusuli kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memangkin kepada perpecahan.

“Para pimpinannya malah pernah bersengkongkol dengan DAP yang mereka sendiri labelkan tidak selari dengan Melayu.

“Rela dipergunakan untuk memecahahbelahkan ummah demi memenuhi kehendak dan cita-cita peribadi,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   Lebih 115,000 kanak-kanak di Kelantan akan terima vaksin

Jelas beliau, tohmahan ke atas UMNO menolak kerjasama dengan [email protected] dinaratifkan memecahbelahkan ummah adalah sama sekali tidak benar.

“Sedangkan UMNO itu sendiri memayungi penyatuan ummah. Agenda itu malah terkandung rasmi dalam perlembagaannya demi agama, bangsa dan negara.

“Seterusnya diharmonikan dalam sebuah gagasan besar milik rakyat BN. UMNO, MCA, MIC, PBRS dan ‘Friends of BN’ bermuafakat dengan prinsip bangsa Malaysia saling menghormati.

“Inilah jua asas yang kukuh memupuk kestabilan dan kemakmuran Malaysia selama ini,”katanya.

Katanya lagi, UMNO menolak kerjasama dengan PPBM demi mengelakkan kemudaratan yang besar kerana PPBM ditubuhkan dengan matlamat untuk menamatkan UMNO dan BN.

Baca juga:   Lebih 115,000 kanak-kanak di Kelantan akan terima vaksin

“Apakah rasional UMNO diasak dan didesak supaya bersama musuh dalam selimut? Keputusan ini tidak bersifat individu, sebaliknya dicapai bersama oleh pimpinan dan akar umbi parti,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Zahid, mahu pengundi harus berani menilai erti kestabilan dan kemakmuran dalam menetapkan pilihan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Usah terkhilaf membuat penentuan kerana penyatuan ummah dan rakyat Malaysia kini terletak di tangan anda,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan