26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kemalangan tumpahan minyak, hidraulik berjaya dikawal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) susulan tumpahan minyak diesel dan hidraulik ekoran kemalangan treler yang berlaku di Kilometer (km) 371.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, tengah malam tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam dengan treler tersebut terbabas ke dalam parit lebuh raya tersebut.

LUAS dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak PLUS berkenaan insiden kemalangan yang berlaku di KM 371.9 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) di susur keluar Slim River (Negeri Perak) pada jam 12.40m tengah malam tadi.

“Kemalangan ini telah menyebabkan tumpahan diesel dan hidraulik daripada treler yang terlibat memasuki parit lebuhraya.

“Berdasarkan semakan jajaran, bahan cemar tersebut akan memasuki kawasan Negeri Selangor (Sungai Bernam) melalui Sungai Trolak di Perak.

“Ini juga berpotensi menyebabkan gangguan kepada LRA Bernam River Headworks (BRH) yang berada sekitar 22.7 km di hilir lokasi kemalangan dengan tempoh masa aliran untuk sampai sekitar 15 jam.

“Semakan juga mendapati terdapat empat daripada lapan tong minyak hidraulik yang dibawa oleh treler terlibat telah pecah dan diikuti tumpahan minyak diesel daripada treler berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, tindakan pencegahan awal telah dilaksanakan oleh pihak PLUS dengan meletakkan habuk kayu di permukaan jalan tumpahan bagi penyerapan minyak.

Tambahnya, semakan lanjut LUAS mendapati tiada aliran minyak masuk ke longkang lebuh raya dan tiada sebarang aliran tercemar melepasi aliran longkang serta sungai berhampiran. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan