32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Nik Nasarudin dilantik Ketua Setiausaha KPM baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Nik Nasarudin Mohd. Zawawi dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) yang baharu berkuatkuasa bermula hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali menerusi kenyataan hari ini mengucapkan syabas serta tahniah di atas pelantikan tersebut selain turut menyatakan kenyakinan terhadap kemampuan Nik Nasarudin untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

“Beliau berkelulusan Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 32 tahun dengan bermula sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru) yang disandang dari tahun 1990.

“Pada 16 Disember 1996, beliau telah dilantik ke Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang terutama melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan serta pentadbiran juga pembangunan modal insan,”katanya.

Baca juga:   Covid-19: Dr Noor Hisham sampaikan khabar gembira

Nik Nasarudin, 57, sebelum ini juga pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Tambah Mohd. Zuki, dengan pengalaman dan kredibiliti dimiliki Nik Nasarudin, beliau yakin tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya mampu dilaksanakan serta dapat meneruskan misi kementerian.

“Saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi kementerian untuk melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Malaysia Madani,”kata beliau. – Edisi 9

Baca juga:   KPM pastikan sesi persekolahan bersemuka sepanjang 2022

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan