32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Penempatan PATI siap kemudahan sekolah diserbu

Seramai 67 PATI berusia dua bulan hingga 72 tahun turut ditahan dalam serbuan tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH penempatan haram di Nilai Spring lengkap dengan kemudahan sekolah dekat Seremban diserbu Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu operasi, awal pagi tadi.

Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya telah menahan seramai 67 pendatang tanpa izin (PATI).

“Mereka yang ditahan berusia antara dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan.

“Hasil risikan mendapati penempatan berkenaan memiliki kemudahan sekolah menggunakan silibus pendidikan negara jiran selain dilengkapi beberapa set generator bagi membekalkan kemudahan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota yang terlibat dalam operasi itu perlu berjalan kaki meredah kawasan hutan sejauh 1.2 kilometer untuk sampai ke kawasan penempatan yang tidak rata dan berpaya, serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar itu.

Baca juga:   BSKU siasat nahas helikopter Taman Melawati - Ka Siong

“Semasa serbuan dilakukan, ada warga asing cuba melarikan diri serta bertindak agresif bagi mengelak daripada ditangkap,” katanya.

Ai Kiang berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, pihaknya turut menemui beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang di kediaman mereka.

“Semua tahanan terbabit ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Baca juga:   Imigresen serbu kedai runcit warga asing, 33 PATI ditahan

Ai Kiang berkata, operasi itu dilaksanakan berdasar aduan dan maklumat orang awam yang bimbang akan keselamatan penduduk setempat.

“Operasi bermula jam 1.30 pagi itu turut dibantu pihak Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur gagal jawab soalan

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan