32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

PN muktamad Kabinet bayangan hari ini – Wan Fayhsal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) akan memuktamadkan senarai Kabinet bayangan hari ini dalam progtam Pemukiman Ahli Parlimen parti itu, kata Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pengangihan tugasan tersebut sebagai bayangan kepada menteri-menteri kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PN-PH).

Justeru, beliau mengajak rakyat agar memberikan soalan-soalan yang akan dinawa boleh ahli-ahli Parlimen PN ke dalam Dewan Rakyat tidak lama lagi.

“Suara dan harapan rakyat adalah keutamaan kami. Jangan malu, jangan segan, ayuh majukan soalan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Wan Fayhsal berkata, PN selaku pembangkang di Parlimen akan memberi yang terbaik dalam semak dan imbang kepada kerajaan PH-BN.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan seramai 74 Ahli Parlimen PN mengadakan permukiman selama dua hari di ibu negara bermula semalam.

Baca juga:   PM harap perwakilan diplomatik bawa nama negara lebih baik

Permukiman itu selaras dengan komitmen PN sebagai pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi bagi menjuarai suara hati rakyat. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan